Foto: Facebook

CHENNAI – Sebuah helikopter, Mi-17V5, milik tentera udara India yang membawa Ketua Pertahanan, Bipin Rawat dan isteri serta anggota tentera terhempas berhampiran Coonoor di Tamil Nadu, kata sumber tentera.

Seramai sembilan orang berada dalam helikopter dan kejadian berlaku dalam keadaan kabus tebal, lapor times now news.

Beberapa media melaporkan, Bipin dan dan tiga lagi mengalami kecederaan manakala seorang masih hilang.

Helikopter tersebut dalam perjalanan dari pengkalan udara Sulur ke Kolej Perkhidmatan Pertahanan di Wellington.

Sementara itu, terdapat laporan yang menyatakan anggota tentera telah sampai di lokasi kejadian dan dua mayat telah dibawa ke hospital. – Agensi