Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. foto MOHD ADZLAN, 21 JULAI 2020.

KUALA LUMPUR – Dana RM65 juta milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diambil balik dari Singapura menerusi syarikat milik suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dituntut penjelasan di Dewan Rakyat hari ini.

Tuntutan itu dibuat Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) daripada pihak yang bertanggungjawab termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang masih belum memberi penjelasan terperinci mengenai dana itu.

“Pada 19 November, dalam kenyataan SPRM, baki RM65 juta daripada RM700 juta dibayar Jho Low telah disimpan oleh akaun milik suami bekas Gabenor, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz telah dikembalikan oleh Singapura kepada Malaysia.

“Menteri Undang-Undang mengatakan kes ini telah disiasat oleh pihak polis sejak 2019, rakyat hendak tahu apakah statusnya? Adakah benar atau tidak?

“Kita tidak mahu fitnah menular, biarlah polis, menteri atau timbalan menteri yang menjawab,” katanya dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2022 peringkat jawatankuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini.

Abdul Azeez menambah, isu dana itu amat penting untuk dijelaskan kepada seluruh rakyat di Malaysia kerana Zeti merupakan seorang tokoh yang dihormati dalam negara ini.

“Macam saya, dituduh ambil duit Tabung Haji untuk tempoh tiga tahun dan akhir sekali, saya ada peluang untuk tanya pada menteri agama di sini (Dewan Rakyat) dan telah terjawab bahawa tiada siasatan malah tuduhan terhadap sesiapa termasuk saya atas nama kecurian duit Tabung Haji.

1 Komen

  1. Belum dipanggil sebagai saksi tetapi Hakim dah tolak..
    Adakah layak dipanggil “yang arif” jika mereka ini hanya Islam pada namab bukan pada Iman

Comments are closed.