Sebahagian pelajar bersiap sedia sebelum melakukan ujian saringan susulan 65 pelajar sekolah tersebut disahkan positif Covid-19 semalam ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Seri Puteri Cyberjaya. Foto MALAYSIA GAZETTE, 02 DISEMBER 2021.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 5,446 kes positif baharu hari ini dan jumlahnya meningkat 426 berbanding semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah terkini itu menjadikan kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara adalah 2,678,465 kes.

Semalam, sebanyak 5,020 kes positif dilaporkan dan dalam masa yang sama 28 kematian akibat jangkitan berkenaan.

Kini, jumlah keseluruhan yang maut akibat pandemik berkenaan adalah 30,746.-MalaysiaGazette