Barcelona ditunjukkan jalan keluar lebih awal dari saingan Liga Juara-Juara Eropah apabial dibelasah 3-0 oleh Bayern Munich dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E awal pagi tadi. Foto: BBC Sport

BERLIN – Malang untuk Barcelona dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim ini apabila tersingkir awal secara mengejut kali ini.

Dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan E, the Catalans kendalian pengurus baharunya Xavi Hernandez yang berkunjung ke Allianz Arena dibelasah 3-0 oleh Bayern Munich.

Keputusan itu sekaligus menamatkan perjalanan the Catalans lebih awal tersingkir dari saingan musim ini.

Selepas ini kelab la Liga Sepanyol itu akan beraksi dalam Liga Europa.

Ini merupakan kali pertama dalam tempoh 17 tahun pasukan itu tersingkir di peringkat kumpulan kempen Liga Juara-Juara Eropah.

Barcelona tidak pernah gagal beraksi dalam liga berprestij itu sejak 2003/04.

Penyingkiran awal berkenaan merumitkan situasi kelab pada kempen kali ini selepas krisis kewangan kelab memaksa mereka membiarkan pemain legenda Lionel Messi meninggal Nou Camp secara percuma dan menyertai pasukan gergasi Ligue 1 Perancis, Paris Saint Germain Ogos lalu.

Barcelona menantikan peluang mara sabagai naib juara kumpulan E selepas kekalahan itu malangnya keputusan Benfica yang menang 2-0 ke atas Dynamo Kyiv di halaman sendiri telah menamatkan ‘riwayat’ Barcelona dalam kempen kali ini.

Ketiga-tiga gol Bayern hadir menerusi tandukan kencang Thomas Muller pada minit ke-34 hasil hantaran Robert Lewandowski, Leroy Sane pada minit ke-43 dan Musiala pada minit ke-62.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast