KUALA LUMPUR – Mesyuarat Perwakilan empat peringkat UMNO yang terdiri daripada Wanita, pergerakan Pemuda, pergerakan Puteri dan UMNO Bahagian akan diadakan pada 11, 12 dan 18 Disember ini.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, lebih 20,000 persidangan UMNO Cawangan telah selesai diadakan pada 15 Oktober hingga 30 November lalu.
“Adalah diharapkan agar mesyuarat tersebut berjalan lancar dan SOP (prosedur operasi standard) Covid-19 yang sewajarnya sentiasa dipatuhi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, Ahmad berkata, UMNO akan mengadakan Persidangan Agung secara hibrid, iaitu gabungan kaedah bersemuka dan maya, pada 13 hingga 15 Januari depan di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur.
Tambah beliau, maklumat lanjut mengenai persidangan tersebut akan dimaklumkan kemudian. – MalaysiaGazette