Angka kes kematian akibat Covid-19 yang direkodkan semalam mencecah lebih 70 kes.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 kes kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, menurut laporan Kementerian Kesihatan (KKM).

Daripada jumlah itu, enam diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Mengikut data CovidNow, jumlah kumulatif kematian akibat Covid-19 sehingga semalam, mencecah 30,787 kematian.

Manakala jumlah kumulatif pesakit yang meninggal dunia sebelum bantuan perubatan atau BID pula sebanyak 6,226 kes.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 60,856 kes aktif dilaporkan, termasuk 419 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 232 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 5,427 kes sembuh turut dilaporkan, manakala jumlah kumulatif kes positif Covid-19 setakat ini berjumlah 2,678,465 kes. – MalaysiaGazette