KUALA LUMPUR – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfield sedang mengesan Yew Khai Eik bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 13, Akta kta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.
Khai Eik, 39, tidak bekerja dan alamat terakhirnya di 51, Taman Sri Murni, Jalan Tunku Abdul Rahman, Alor Setar.
Orang awam yang mempunyai maklumat saksi diminta hadir ke balai polis berdekatan untuk memberi keterangan atau menghubungi ASP Halijah Ajar di talian 019-601 8267 ayau hotline IPD Brickfields 03-2297 9222 atau Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999. – MalaysiaGazette