Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Tropicana Corporation Berhad dan Majlis Perbandaran Pontian ketika hadir merasmian Majlis Pecah Tanah Projek Pembangunan Perindustrian  Tropicana Industrial Park, Pekan Nanas semalam.

JOHOR BAHRU – Semua  pihak bekerjasama  dan  berusaha  menjadikan  Johor sebagai destinasi pilihan  para pelabur.

Menteri Besar, Datuk Hasni Mohammad berkata, dalam  keadaan  ekonomi  kini,  iklim pelaburan semakin kompetetif dan  mereka  mempunyai banyak pilihan bagi menjaga kepentingan syarikat masing-masing.

Oleh itu, Johor, katanya, harus menggunakan semua potensi yang  ada.

“Kita  perlu  terus  menjadikan  Johor  ini  sebagai  negeri  pilihan  pelabur  kerana  kita  merupakan  negeri  yang begitu unik dan strategik.

“Kita harus  menggunakan  ruang  dan  peluang  sebagai  negeri  yang  unik  ini  dengan  berjiran  negara  maju, Singapura sudah jauh ke hadapan  daripada kita.  Tentulah  kita tidak mahu jauh tertinggal  ke  belakang,” katanya.

Beliau  berkata  demikian  ketika  merasmikan  Majlis  Pecah  Tanah  Projek  Pembangunan Perindusterian Tropicana Industrial Park di  sini semalam.

Hasni turut menyeru  agensi yang  terlibat  supaya  memudahkan proses dan  prosedur  pelabur yang  ingin  melabur ke negeri itu.

“Mengekalkan  yang  sedia  ada  tidak  cukup  baik.  Kita  perlukan  lebih  banyak  pelaburan  datang  ke negara kita. Maka  memudahkan  cara  juga  merupakan  salah  satu  kepentingan  supaya  dalam  tata  kelola  kita menguruskan  pelaburan  itu perlulah kita mencari jalan  supaya ia mesra kepada pelabur.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast