Noor Hisham Abdullah Sarawak state election Covid-19 cases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka jangkitan positif Covid-19 menunjukkan penurunan tiga hari berturut-turut dengan hari ini turun kepada 4,626 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes positif sehingga tengah hari ini berjumlah 2,688,149 kes.

“Selepas tiga hari berturut-turut kes baharu Covid-19 mencatat jumlah melebihi 5,000 kes, kini angka itu kembali turun kepada 4,626 kes,” katanya menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.

Sementara itu, mengikut data portal COVIDNOW, jumlah kemasukan pesakit Covid-19 di seluruh negara masuk hospital bagi tujuh hari lalu juga menurun 5.4 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my. – MalaysiaGazette