Peminat kereta mainan Tamiya tidak melepaskan peluang dengan menyertai Pertandingan Tamiya Mini 4WD yang diadakan sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Dalam keriuhan peniaga menjual produk di hujung zon pameran Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM)  ada golongan muda yang menyertai sukan ‘tanpa peluh’ atau e-Sports bersorak.

Sukan e-Sports yang semakin mendapat tempat dalam kalangan orang muda yang turut memeriahkan program sepanjang empat hari diadakan.

Tidak hanya menyediakan ruangan permainan secara percuma malah pertandingan yang diadakan mendapat sambutan menggalakkan.

Penganjur Team Haq Sport Club, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin mengenai sukan e-sport yang dianjurkan sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

Penganjur Team Haq Sport Club, Muhammad Aimanulhaq Zaharuddin berkata, sejak pandemik Covid-19 hampir dua tahun lalu, ia merupakan program pertama dapat dianjurkan secara terbuka.

“Masih mengikut prosedur operasi standard (SOP) tetapi penyertaan yang diterima sangat menggalakkan.

Peminat sukan e-Sports tidak melepaskan peluang menyertai pertandingan aplikasi permainan Mobile Legends yang dianjurkan sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

“Kami sebagai penganjur teruja dengan sambutan yang diberikan selepas memuat naik di media sosial pertandingan Mobile Legend dan FIFA,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.

Sukan e-Sports dimainkan secara kompetatif dalam segi mental, fizikal dan strategi.

Mohd Kamal A. Molok. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

Sementara itu, satu lagi sukan yang mendapat perhatian sepanjang hari ketiga penganjuran program Hari AKM adalah sukan Tamiya Mini 4WD.

Sukan yang telah lama menjadi hobi sesetengah individu itu kali ini mendapat sambutan cukup menggalakkan.

Penganjur Pertandingan Tamiya Mini 4WD, Mohd Kamal A. Molok berkata, permainan kereta mini seperti ini masih mendapat tempat.

“Peminat permainan kereta mini ini semakin hari semakin hangat kerana ada banyak kategori yang ada. Seperti hari ini, pertandingan Tamiya Mini 4WD dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan di antara pelumba,” katanya.

Peminat kereta mainan Tamiya tidak melepaskan peluang dengan menyertai Pertandingan Tamiya Mini 4WD yang diadakan sempena Program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Foto HAZROL ZAINAL, 11 DISEMBER 2021.

Katanya, permainan kereta ini diminati kerana ia dapat mengajar seseorang pelumba terhadap kejuruteraan.

“Ini sangat baik untuk satu keluarga kerana dapat berikan ilmu kepada anak-anak kecil dan ia secara tidak langsung meningkatkan kemahiran motor,” katanya.

Program 100 Hari AKM bermula 9 hingga 12 Disember selama empat hari.

Menyediakan pelbagai pameran dan jualan, program ini telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Tidak hanya jualan malah ia turut dijayakan oleh kementerian-kementerian di bawah pentadbiran kerajaan Keluarga Malaysia. – MalaysiaGazette