DELHI – Seorang banduan yang dibenarkan keluar berikutan parol yang diberikan kepasdanya semula kerana bersubahat dengan isterinya dengan melakukan satu lagi pembunuhan bagi memalsukan kematiannya untuk mengelak daripada kembali ke penjara.
Suspek Sudesh Kumar yang menetap di Delhi diberkas polis bersama isterinya, Anupama yang bersubahat melakukan pembunuhan itu bagi tujuan memadam identitinya untuk memperdaya pihak berkuasa.
Menurut polis, pada 20 November lalu mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terbakar manakala wajahnya tidak dapat dikenalpasti identitinya kerana hancur di Loni.
Bagaimanapun, polis menjumpai kad identiti di dalam poket seluar mangsa yang menunjukkan mangsa bernama Sudesh Kumar.
Apabila Anupama dipanggil untuk pengecaman identiti, dia mengesahkan mangsa adalah suaminya, Sudesh Kumar.
Namun, Superintendan Iraj Raja berkata, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena dengan kenyataan Anupama yang berkemungkinan wujud unsur jenayah.
Polis mula mencari segala maklumat dan latar belakang Sudesh Kumar’ sebelum mendapati dia pernah dipenjara atas kesalahan membunuh anak perempuannya berusia 13 tahun pada 2008 dan dibebaskan dengan parol pada Mei tahun ini akibat Covid-19.
Ketika suspek berada pada penghujung tempoh tamat parol, suspek (Sudesh Kumar) merancang dengan Anupama untuk mengelak masuk semula ke penjara.
Suspek difahamkan telah memanggil seorang buruh, Doman Ravidas, yang mempunyai ketinggian sama dengannya untuk membaiki rumah.
Suspek juga memberikan pakaian miliknya kepada tukang rumah itu.
Apabila tukang rumah itu kembali pada hari kedua ke rumah suspek untuk meneruskan kerja membaiki rumah, dia diberikan arak sehingga tidak sedar diri.
Sudesh Kumar dengan bantuan isterinya membunuh pekerja (Ravidas) itu dengan menghancurkan mukanya sebelum membakar mangsa bagi mengelak dicam polis dan mencampak mayat di Loni.
Seperti dirancang, Anupama mengecam mayat pekerja buruh (Ravidas) sebagai suaminya (suspek).
Namun tembeleng pasangan itu terbongkar selepas polis memanggil ahli keluarga Ravidas yang mendedahkan mangsa telah dibunuh oleh suspek.
Sudesh dan Anupama kini menjalani hukuman penjara. -MalaysiaGazette















