Radzi Md Jidin RMT Supplementary Food Programme white rice with gravy
Radzi Jidin

KUALA LUMPUR – Istiadat konvokesyen bagi Institut Pendidikan Guru (IGP) akan dibuat secara bersemuka, kata Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurut beliau, istiadat itu akan diadakan pada 27 Mac tahun hadapan selama lima hari.

“Istiadat Konvokesyen IPK KPM secara bersemuka akan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Perincian lanjut mengenai konvokesyen tersebut akan dimaklumkan kepada semua graduan terlibat dalam tempoh terdekat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Istiadat ini akan melibatkan semua graduan IPG bagi tahun 2020 dan 2021 seramai 8,799 orang.

Menurut Radzi, pelaksanaan itu dibuat setelah mendapat banyak permohonan daripada graduan IPG tahun lalu dan tahun ini supaya istiadat konvokesyen diadakan secara bersemuka.

Malah ada graduan yang datang berjumpanya pada majlis Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

“Alhamdulillah, KPM telah meneliti secara terperinci permohonan tersebut. Dengan ini, sukacita saya kongsikan Kenyataan Media KPM mengenai konvokesyen Institut Pendidikan Guru Kali Ke-11 Tahun 2022,” kata Radzi lagi.

Bagaimanapun, konvokesyen bagi graduan tahun 2021 akan diadakan secara dalam talian yang bermula 20 hingga 22 Disember depan. – MalaysiaGazette