Mengangkat Malaysia Sebagai Hub Pendidikan Tinggi Di Ekspo Dubai 2020

Minggu Pendidikan sempena Ekspo Dubai 2020 yang bermula 13 hingga 18 Disember ini merupakan medium untuk Malaysia berkongsi dan membentangkan idea-idea hebat bagi mengangkat pendidikan tinggi negara ke peringkat antarabangsa.

Kementerian Pengajian Tinggi sebagai kementerian peneraju bagi Minggu Pendidikan Ekspo Dubai 2020 juga mahu menarik pelajar-pelajar antarabangsa untuk melanjutkan pengajian di Malaysia dengan sasaran 250,000 pelajar pada 2025.

Bukan sahaja pelajar-pelajar dari Timur Tengah, Minggu Pendidikan Ekspo Dubai 2020 juga mahu menimbulkan tarikan dalam kalangan pelajar dari negara Afrika ke arah menjadikan Malaysia hub pendidikan.