Mohamad Hariff Zani

KUANTAN – Coffee Dande merupakan tarikan baharu di Cafe Dandelion di kampus Kolej Komuniti Kuantan, di sini.

Pengarah Kolej Komuniti Kuantan, Mohd Yusof Zakaria berkata, sebagai peminat kopi, keenakkan Coffee Dande yang diusahakan oleh alumni kolej itu setanding dengan jenama kopi terkenal di pasaran.

Jelas beliau, kopi premium itu bukan sahaja boleh dinikmati oleh warga kampus bahkan masyarakat setempat.

“Cafe Dandelion ini terbuka kepada orang awam terutamanya mereka yang berada di sekitar Kolej Komuniti Kuantan dengan waktu operasi bermula jam 8 pagi hingga 5 petang”, katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Menurut pengusaha Cafe Dandelion, Mohamad Hariff Zani yang lebih mesra dengan panggilan Angah, beliau menyajikan kopi menggunakan serbuk kopi tempatan yang memberi kepuasan buat penggemar minuman itu.

“Coffee Dande yang ditawarkan di Café Dandelion merupakan hasil ramuan kopi asli yang diambil daripada serbuk kopi yang berkualiti keluaran pengusaha kampung yang sudah pastinya menjamin mutu dan kualiti rasa pengemar kopi.

“Turut disediakan sarapan pagi seperti roti bakar yang sudah pastinya enak dimakan bersama kopi, selain itu turut disediakan pencuci mulut seperti Manggo Cheese Cake dan pelbagai lagi menu yang akan ditambah dari masa ke semasa,” katanya.

Café Dandelion dikendalikan Unit Operasi dan Perhotelan dan Unit Keusahawanan Kolej Komuniti Kuantan.

Nama Dandelion diilhamkan daripada nama sejenis bunga dengan nama saintifiknya Taraxacum berwarna kuning yang berubah menjadi biji berbulu halus yang mudah tersebar ditiup angin. – MalaysiaGazette