The dead body of a senior citizen was found in a black Myvi parked at the flat in Cheras after she fell off the building. PIX: Courtesy of the Cheras District Police Headquarters
The dead body of a senior citizen was found in a black Myvi parked at the flat in Cheras after she fell off the building. PIX: Courtesy of the Cheras District Police Headquarters

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas tempatan yang disyaki mengalami masalah tekanan mental ditemui mati selepas terjatuh dari sebuah flat perumahan di Cheras.

Kejadian berlaku awal pagi tadi, kata Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar hari ini.

”Siasatan di lokasi kejadian mendapati seorang perempuan warga tempatan berumur 62 tahun ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kereta Myvi berwarna hitam di kawasan tempat letak kereta flat tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mayat wanita warga emas ditemui dalam sebuah kereta hitam yang diletakkan di tempat letak kereta hadapan flat perumahan Cheras disyaki terjatuh dalam kejadian awal pagi tadi. Gambar Ihsan Polis IPD Cheras.Keadaan kereta itu juga remuk di bahagian hadapan dan pintu kereta terbuka dipercayai akibat impak mangsa jatuh dari tempat tinggi.

Mangsa dipercayai jatuh dari tingkat 9 dipercayai unit kediamannya.

Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia yang hadir di tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan daripada orang awam.

Pemeriksaan polis tiada unsur jenayah pada badan mangsa dan kes diklasifikasikan sebagai Laporan Mati Mengejut (SDR).

“Siasatan awal mendapati si mati telah mengalami masalah mental dan tiada unsur jenayah ditemui dalam insiden yang berlaku.

“Siasatan lanjut akan diteruskan oleh polis bagi mengetahui punca kematian si mati,” ujarnya. – MalaysiaGazette