Datuk Seri Zambry Abdul Kadir

KUALA LUMPUR – Setiap ahli dan pemimpin UMNO digesa agar tidak memecahbelahkan parti dengan pertelingkahan dalaman.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, parti itu tidak boleh berpecah hanya disebabkan perbezaan pandangan.

“Sekiranya semua berpegang kepada keputusan parti maka tidak timbul soal kem dan kumpulan. Kepimpinan negara kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri dari UMNO. Tentunya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu didokong oleh sekalian ahli UMNO.

“Itulah pandangan parti dan kepimpinan utama. Justeru jangan ada lagi pertelingkahan sehingga boleh memecah-belahkan parti. Jangan ada apa-apa gerakan untuk menumbangkan pemimpin itu, pemimpin ini,” katanya di Facebook beliau.

Jelasnya, negara kini dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang datang daripada UMNO dan  Ismail Sabri perlu didokong oleh semua ahli UMNO.

Justeru itu, Zambry berkata, pertelingkahan dalaman perlu segera diselesaikan sebelum UMNO dipecahbelahkan oleh ahlinya sendiri.

“Jangan ada apa-apa gerakan untuk menumbangkan pemimpin itu, pemimpin ini,” katanya.

Mengenai Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), bekas Menteri Besar Perak itu berkata, parti sudah memutuskan sebarang keputusan besar dan langkah untuk menentukan tarikh pilihan raya adalah melalui perbincangan tiga pemimpin utama, iaitu presiden, timbalannya dan Perdana Menteri.

“Soal bila perlu diadakan pilihanraya serahkan kepada pucuk pimpinan. Telah diputuskan supaya the top five (presiden, timbalan dan tiga naib presiden) akan memberi panduan kepada parti.

“Keperluan bagi parti ialah membuat persiapan awal untuk berhadapan dengan realiti baru. Perkemaskan jentera dan perbaiki kelemahan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast