Amirudin Shari

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari akan menjalani kuarantin kendiri sementara menunggu keputusan ujian saringan PCR kedua pada Khamis ini.

Ia susulan selepas isterinya, Datin Seri Masdiana Muhamad dan dua anak saya telah disahkan positif Covid-19 semalam.

”Alhamdulillah melalui keputusan PCR yang telah saya jalani, saya disahkan negatif.

“Namun, saya akan terus menjalani kuarantin kendiri sementara menanti keputusan PCR kedua pada hari Khamis nanti dan akan memaklumkan perkembangannya kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette