Pengundian awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 (PRN12) yang melibatkan anggota dan pegawai polis serta tentera dan pasangan.

KUALA LUMPUR – Seramai 18,141 orang atau 89 peratus pengundi telah keluar mengundi awal Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 yang bermula pada jam 8 pagi tadi.

Mereka adalah anggota tentera dan polis serta pasangan masing-masing, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Ikmalrudin Ishak.

“SPR merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan pasukan kerana telah menjalankan tanggungjawab dengan amat baik pada hari ini,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Majlis Keselamatan Negara, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, Pihak Berkuasa Tempatan, media dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung atas kerjasama dan sokongan yang telah diberikan kepada SPR.

SPR menetapkan hari mengundi pada 18 Disember ini. -MalaysiaGazette