Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases recoveries
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,900 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurut beliau, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2,703,140 kes.

Katanya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman sesawang covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari di kemas kini selepas tengah malam.

Semalam, sebanyak 4,097 kes baharu Covid-19 direkodkan. – MalaysiaGazette