Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan makan tengah hari di Restoran KFC Jalan Ipoh, hari ini.

KUALA LUMPUR Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mencemar duli untuk santapan tengah hari di Kentucky Fried Chicken (KFC) di Jalan Ipoh di sini hari ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong serta Raja Permaisuri Agong mengambil peluang singgah di restoran tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan tengah hari di tingkat atas restoran tersebut bersama pengunjung-pengunjung yang lain.

“Seri Paduka Baginda berkenan singgah di restoran tersebut dalam perjalanan keberangkatan pulang ke Istana Negara dari Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang,” katanya hari ini.

Tambah hantaran itu Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menyantuni dan beramah mesra bersama pengunjung-pengunjung dan pekerja-pekerja restoran tersebut. – MalaysiaGazette