ar selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih diberhentikan serta merta Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan pencemaran bau diesel.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri berkata, kini Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) sedang bekerjasama dengan Air Selangor bagi mengenalpasti punca pencemaran air mentah di sepanjang Sungai Semenyih dan anak-anak sungai di sekitar Sungai Semenyih.

“Berikutan henti tugas LRA Sg Semenyih ini, sebanyak 463 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (194 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (20 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, para pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terlibat menerusi aplikasi Air Selangor.

Menurutnya, Air Selangor telah mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan (ERP) bagi menyediakan bantuan bekalan air alternatif kepada para pengguna yang terlibat.

Jelas Elina, buat masa ini sebanyak 81 lori tangki air akan digerakkan ke kawasan-kawasan yang terjejas dan premis-premis kritikal.

“Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada para pengguna yang terjejas.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” ujarnyanya.

Menurut Elina, para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi aplikasi Air Selangor seperti Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan maklumat terkini.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast