KOTA BHARU – Situasi semasa tiga sungai di Kelantan telah melepasi paras amaran susulan hujan berterusan di beberapa kawasan sejak tiga hari lepas, setakat pukul 8 pagi ini.

Menurut portal info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), tiga sungai tersebut ialah Sungai Lebir di Kuala Koh, Gua Musang iaitu pada paras 71.76 meter (m), Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.19 m) dan Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (23.28 m).

Sementara itu, Sungai Kelantan di Kuala Krai dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas pula berada pada paras waspada kerana trend air sungai sedang menaik dengan masing-masing merekodkan bacaan 22.43 m dan 7.16 m selain Sungai Relai di Jalan Felda Aring, Gua Musang turut berada pada paras waspada dengan trend menurun.

Terdahulu, Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN) JPS menerusi kenyataannya semalam telah mengeluarkan amaran banjir akan berlaku di beberapa lokasi di jajahan Kuala Krai, Jeli, Gua Musang, Tanah Merah dan Machang hari ini. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast