Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Desakan beberapa pemimpin UMNO yang mahukan pemilihan parti itu dilakukan segera disifatkan sebagai gila talak.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka yang mendesak itu tidak mempunyai jawatan pun di peringkat nasional.

“Mungkin dia gila talak agaknya, mahukan pilihan raya dilanjutkan berikutan lanjutan usia yang ada padanya untuk dia lanjutkan jawatan yang dipegangnya.

“Jika Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan terlalu lambat, bukan kita takut tetapi akan banyak isu bhaaru dan kelemahan yang akan muncul.

“Banyak tohmahan dan fitnah yang akan terus datang.

“Adakah kita mampu untuk menyantuni isu dan masalah itu?” katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Bagan Datuk, hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ketua UMNO Bahagian Bagan Datuk berkata,  seharusnya tidak perlu ada rasa risau jika tidak ada jawatan kerana apa yang penting adalah memperkukuhkan parti terlebih dahulu.

“Insya- Allah rakyat akan mengundi terutamanya perwakilan yang akan ke persidangan Bahagian di seluruh negara satu hari nanti.

“Mereka inilah yang menentukan siapa yang mengelat, siapa yang jujur, siapa yang mempertahankan parti.

“Insya- Allah, pemimpin itu akan dipilih oleh perwakilan seluruh negara untuk berada di puncak kepimpinan,” jelasnya.

Tambah Ahmad Zahid lagi, jika parti mempunyai pemimpin yang sikap mementingkan diri, parti tidak akan berjaya.

“Tunggulah apabila mereka ditolak oleh perwakilan.

“Rakyat tak perlukan sogokan ini, apatah lagi sokogan kebendaan, rakyat dan akar umbi tahu menilai mana intan, mana kaca, mana mutu mana manikam. Janganlah disogok.

“Zaman sogokan telah berlalu, zaman kerajaan benar telah berlalu, zaman kerajaan tahu semua dah berlalu,” ujarnya.

Tambahnya lagi, UMNO perlukan berubah demi masa depan.

“Parti harus berubah, kita dan diri saya juga harus berubah.

“Biar mungkin usia agak lebih lama dfaripada lain-lain, itu adalah fitrah, tetapi minda dan jiwa untuk perjuangan dan orang-orang muda harus kental kepada pemimpin,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast