Stadium Todoroki. foto Tripadvisor

TOKYO – Seorang lelaki berusia 20-an, disahkan dijangkiti varian Omicron Covid-19, telah melawat stadium berhampiran Tokyo untuk menonton perlawanan bola sepak.

Pesakit itu dimasukkan ke hospital sejak Rabu lalu, merupakan kenalan wanita berusia 20-an yang disahkan dijangkiti Omicron selepas tiba dari Amerika Syarikat pada 8 Disember lalu.

Pada hari Ahad lalu, lelaki itu melawat Stadium Todoroki di Kawasaki, Wilayah Kanagawa, untuk menyaksikan separuh akhir Piala Maharaja, selepas bertemu dengan wanita itu dua kali pada dua hari berbeza.

Wanita itu dimasukkan ke hospital selepas disahkan positif Omicron pada hari Isnin ketika dia menjalani kuarantin sendiri di rumah.

Kerajaan Tokyo dan kerajaan bandar Kawasaki meminta kira-kira 80 penonton lain yang duduk di sekeliling lelaki yang dijangkiti di stadium dan lebih 100 rakan sekerjanya menjalani ujian untuk Covid-19.

Selain itu, Gabenor Tokyo Yuriko Koike mendedahkan satu lagi kes Omicron yang disahkan di ibu negara.

Katanya, pesakit itu dijangkiti varian berkenaan selepas pulang dari luar negara walaupun diuji negatif untuk Covid-19 di lapangan terbang Sabtu lalu tetapi mula menunjukkan gejala pada hari berikutnya.

Sebanyak 33 kes jangkitan Omicron telah disahkan di Jepun setakat ini. – Xinhua

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast