KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini turun ke lokasi kebakaran di Flat Sri Johor, Cheras dekat sini bagi melihat sendiri kejadian tersebut dan bertemu penduduk yang terkesan.

Beliau tiba kira-kira jam 11.15 malam.

Ismail turut mengumumkan bantuan RM1,000 kepada penduduk kehilangan tempat tinggal iaitu seramai lapan penghuni dan kediaman baharu untuk mereka juga akan disediakan.

Kebakaran tersebut melibatkan tingkat lima Blok 31 dan kesemua penghuni dipercayai telah berjaya dipindahkan sebelum kebakaran merebak.

Kerja-kerja memadam kebakaran masih berlangsung.

Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Berita lanjut menyusul. – MalaysiaGazette