Sarawak state election The Chairman of Election Commission (EC), Datuk Abdul Ghani Salleh. PIX: AMIRUL SHAUFIQ / MalaysiaGazette / 18 OCTOBER 2021
Abdul Ghani Salleh.

KUALA LUMPUR – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memperoleh 75 kerusi dalam pilihan raya negeri manakala Parti Sarawak Bersatu (PSB) 4 dan Parti Tindakan Demokratik (DAP) 2.

Namun keputusan pilihan raya bagi kerusi N.78 Mulu tidak akan diumumkan hari ini setelah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil kira faktor keselamatan petugas yang menggunakan helikopter untuk membawa peti undi ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU) bagi DUN berkenaan berikutan cuaca buruk dan perhubungan jalan darat terputus.

Sehubungan itu, keputusan pilihan raya bagi DUN itu akan diumumkan sebaik sahaja suruhanjaya itu menerima peti undi berkenaan.

Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, peratusan dan jumlah pengundi keluar mengundi juga akan diumumkan bersama pengumuman tersebut. – MalaysiaGazette