Seorang lelaki yang terkurung di dalam rumahnya akibat tanah runtuh di Sungai Penchala, TTDI tengahari tadi berjaya diselamatkan polis dan yang lain telah berpindah ke rumah saudara dan rakan di kawasan sama. Gambar Ihsan Facebook netizen: Zhairul Shaqiz.

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas melalui detik cemas apabila terkurung di dalam rumah yang ditimpa tanah runtuh di di Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) hari ini.

Rumah mangsa juga rosak akibat kejadian yang diakibatkan hujan lebat sejak semalam.

Kejadian dilaporkan berlaku di Jalan Palinbayan, Sungai Penchala kata Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor.

Katanya, pada pukul lebih kurang 12.40  tengahari tadi, maklumat berkaitan kejadian tanah runtuh telah diterima daripada anggota Balai Polis TTDI.

“Bertindak atas maklumat, anggota polis bertugas dari unit peronda MPV Sektor 3 diarahkan menghala ke lokasi kejadian untuk bantuan kecemasan.

“Hasil pemeriksaan ke atas tempat kejadian tersebut didapati seorang warga emas berusia lingkungan 70-an terkurung di dalam salah sebuah rumah yang terlibat dengan kejadian tanah runtuh.

“Mangsa bagaimanapun berjaya diselamatkan oleh anggota bomba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seorang warga emas yang terkurung di dalam rumahnya akibat tanah runtuh di Kampung Sungai Penchala, TTDI tengahari tadi berjaya diselamatkan polis dan yang lain telah berpindah ke rumah saudara dan rakan di kawasan sama. Gambar Ihsan IPD Brickfields

Menurut beliau, mangsa hanya mengalami kecederaan ringan dan jumlah mangsa yang terlibat tidak pasti.

Kesemua mangsa yang selamat dan telah berpindah ke rumah saudara dan rakan-rakan yang ada di sekitar Sungai Penchala.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast