Thursday, May 2, 2024
Home Seni Hidup Jihan ‘tersangkut’ di Shah Alam, tak dapat jadi hos GV8

Jihan ‘tersangkut’ di Shah Alam, tak dapat jadi hos GV8

Foto Instagram Jihan Musa.

KUALA LUMPUR – Pengacara Gegar Vaganza 8 (GV8), Jihan Muse antara mangsa terperangkap banjir besar yang melanda sekitar Shah Alam dan Klang semalam.

Bencana itu menyebabkan Jihan tidak dapat merentas daerah untuk mengacarakan program mingguan GV8 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.

Menerusi panggilan video bersama Jihan seawal konsert kelima GV8 itu, pengacara itu memberitahu kediamannya antara yang terjejas namun keluarganya selamat.

“Saya sudah check, kenderaan saya okey dan kami antara yang terselamat. Saya tak tahu nak cakaplah. Saya sudah duduk Shah Alam sudah 30 tahun, tak pernah banjir pun sebenarnya, inilah kali pertama.

“Musibah yang melanda ini adalah musibah yang kita tak bersedia untuk hadapi dan tiada persediaan sebab bukan kawasan yang biasa dilanda banjir. Jadi, agak terkejut juga.

“Kita sudah hadapi pelbagai musibah dalam dua tahun, walau terkejut tapi ada ketenangan juga kita agak cool. Alhamdulillah ini ada hikmahnya.

“Tapi untuk saya sendiri, dalam rumah sendiri tiada apa-apa tapi dalam rumah emak saya banjir air masuk. Mak cik saya, saudara mara di Hulu Langat air sampai paras bumbung. Paling teruklah!” katanya menerusi panggilan video itu.

Tempat Jihat sebagai hos mingguan diganti dengan artis versatil, Elly Mazlein atau lebih popular kini dengan panggilan Kak Lina Pom Pom.

Jihan dijangka kembali mengacarakan GV8 pada minggu depan sekiranya  seandainya keadaan banjir kembali pulih.

GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap Ahad, pukul 9.00 malam.

Program realiti itu menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu. – MalaysiaGazette