Datuk Aziz Kaprawi

KUALA LUMPUR –  Keadaan kesihatan bekas Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi yang dijangkiti Covid-19 bertambah baik dan menurut doktor beliau tidak perlu ditidurkan ketika ini.

Adiknya, Khir Johari Kaprawi berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Ab Aziz kepada isterinya, Datin sabariah Tokimin menerusi aplikasi WhatApps pada hari ini.
“Syukur Alhamdulillah berkat doa doa orang ramai yang tidak henti henti.
“Semoga ianya berterusan sehingga sembuh sepenuhnya. Allahuakhbar….,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.
Ab Aziz disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail di Batu Pahat, Johor kerana tekanan oksigennya rendah pada 16 Disember lalu.
Semalam, Khir Johari berkata, Ahli Parlimen Sri Gading itu mungkin akan ditidurkan pada hari ini dan keputusan terakhir bergantung kepada doktor.
Beliau bagi pihak keluarga abangnya itu memohon mendirikan solat hajat dan mendoakan Ab. Aziz kembali sembuh. – MalaysiaGazette