KUANTAN – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang sudah siap sedia bantuan tambahan kepada mangsa-mangsa banjir di beberapa pusat penempatan sementara (PPS) daerah ini.
Pengarahnya, Zulkhairi Zainol Abidin berkata, bantuan tambahan itu diberikan kepada daerah Temerloh, Bera, termasuk Jerantut berikutan peningkatan jumlah mangsa pada masa ini.
Zulkhairi Zainol AbidinJelas Zulkhairi, bekalan tambahan ini diperlukan bagi menangani keberangkalian gelombang kedua banjir di negeri ini,” katanya ketika ditemui di Depoh Simpanan Kwalan Bencana Negeri Pahang di Kompleks Penyayang, Kuantan.
Seramai 325 kakitangtan JKM digerakkan bagi mengurusan bantuan semasa bencana kali ini.
Zulkhairi tufrut menasihati sukarelawan yang terlibat melakukan pelarasan bagi memastikan bantuan diterima dengan dengan selamat dan tidak berlaku pertindahan.
“Manakala orang ramai yang terkesan boleh menghunbungi talian nur 15999, talian Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) di setiap daerah serta menghubungi pemimpin tempatan,”katanya.
Jumlah terkini mangsa banjir di Pahang meningkat kepada 39,521 orang daripada 11,609 keluarga di 278 PPS di sembilan daerah di negeri ini, sehingga jam 2 petang tadi.
Sejumlah 125 PPS telah ditutup dan 16,926 mangsa sudah mula pulang ke rumah. – MalaysiaGazette