Pasukan Tuah Volunteer Team (TVT) semasa melakukan misi bantuan pembersihan kepada mangsa banjir di Telok Berembang, Lubok Cina Melaka.

MELAKA – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menggerak misi bagi membantu golongan yang terjejas akibat bencana banjir.

Inisiatif ini digerakkan oleh Pejabat Hal Ehwal Pelajar bersama–sama Tuah Volunteer Team (TVT) telah mengadakan misi bantuan pembersihan rumah dan hulurkan bantuan kepada mangsa banjir yang terjejas di Telok Berembang, Lubok Cina Melaka semalam.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar), Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif berkata, misi ini melibatkan sukarelawan dari kalangan kakitangan dan pelajar UTeM iaitu Team MyHEP UTeM bersama Tuah Volunteer Team (TVT) dan Sektetariat Anak Melaka (SAM) melibatkan 45 orang pelajar serta 8 orang staf @myheputem.

Jelasnya, inisiatif ini turut memupuk semangat bantu-membantu sesama komuniti warga UTeM, sekali gus merealisasikan tanggungjawab sosial warga UTeM kepada masyarakat setempat.

Sementara itu, Pasukan sukarelawan TVT yang baharu dilancarkan pada 15 Disember lalu diketuai Che Ku Azryzal Che Ku Azih bersama 45 orang sukarelawan yang sentiasa bersedia memberikan bantuan tenaga serta menyumbangkan pek makanan untuk mangsa yang terkesan akibat banjir.

Beliau juga turut menzahirkan penghargaan terima kasih dan beliau amat berbangga dengan semangat yang tinggi serta komitmen sukarelawan yang sanggup berkorban masa dan tenaga membantu mangsa banjir yang selari dengan ciri Tuah UTeM iaitu Tangkas, Unggul, Adaptif dan Holistik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast