Gambar FB.

TEMERLOH – Fenomena banjir di Pahang yang memasuki hari ke enam hari ini menunjukkan trend penurunan jumlah mangsa kepada 37,421 di 264 pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan 10,937 keluarga sehingga jam 8 pagi tadi.

Berbanding semalam, jumlah mangsa sebanyak 37,792 melibatkan  11,069 keluarga ditempatkan di 270 PPS.

Menerusi infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sebanyak 43 jalan masih ditutup dan 11 sungai masih di paras bahaya, enam paras waspada dan dua pada paras amaran.

Kuantan kekal tertinggi mencatatkan 13,843 mangsa daripada 4,039 keluarga dengan menempatan 68 PPS.

Temerloh pula merekodkan 11,703 daripada 3,315 keluarga melibatkan 79 PPS.

Raub 375 daripada 96 keluarga; Jerantut 1,669 daripada 431 keluarga; Lipis 1,167 daripada 366 keluarga dan Pekan 1,571 daripada 461 keluarga.

Manakala Bera 2,139 mangsa daripada  610 keluarga; Maran 756 mangsa daripada 201 keluarga dan Bentong 4,684 mangsa daripada 1,588 keluarga.

Sehingga kini, Pahang merekodkan sebanyak 10 kematian akibat bencana alam itu.- MalaysiaGazette