Gambar FB.

TEMERLOH – Sebanyak 27,609 mangsa banjir di Pahang ditempatkan di 201 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan 8,050 keluarga sehingga jam 8 malam ini.

Semalam seramai 37,792 orang melibatkan 11,069 keluarga ditempatkan di 270 PPS di seluruh Pahang.

Menerut infografik Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sebanyak 29 jalan masih ditutup di negeri ini.

Dua sungai masih berada pada paras bahaya iaitu Sungai Chenor dan Sungai Lubuk Paku.

Daerah Temerloh mencatatkan 12,054 mangsa banjir daripada 3,455 keluarga dengan menempatan 70 PPS manakala Kuantan merekodkan 6,245 mangsa banjir daripada 1,476 keluarga.

Daerah Raub merekodkan 42 mangsa banjir daripada sembilan  keluarga, Jerantut 191 mangsa banjir daripada 19 keluarga; Lipis 201  mangsa banjir daripada 20 keluarga; Pekan 1,571 mangsa banjir daripada 461 keluarga

Manakala Bera 2,300 mangsa banjir daripada 664 keluarga; Maran 1,394 mangsa banjir daripada 398 keluarga dan Bentong 4,600 mangsa banjir daripada 1,577 keluarga.

Sehingga kini Pahang merekodkan 15 kematian akibat bencana banjir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast