Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 3,528 kes positif Covid-19 direkodkan hari ini berbanding 3,510 kes semalam, peningkatan 18 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah kumulatif kes positif jangkitan virus itu meningkat kepada 2,735,241 kes.

Maklumat terperinci mengenai perangkaan Covid-19 akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW dikemaskini sekaligus selepas tengah malam. – MalaysiaGazette