Bakul bantuan untuk disumbangankan kepada mangsa banjir pada Program Prihatin Menteri Komunikasi dan Multimedia di Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Foto MOHD ADZLAN, 24 DISEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 300 Kotak Kasih Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) diedarkan kepada mangsa banjir di tiga lokasi iaitu di Jalan Tiong Nam, Kampung Periuk dan Flat PKNS, di sini, har ini

Sumbangan Program Prihatin ini merupakan kerjasama antara KKMM, Jabatan Penerangan Malaysia dan Rumah Prihatin Grand Seasons.

Serahan sumbangan itu dijadualkan dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa, namun beliau tidak dapat hadir pada saat-saat akhir pada program tersebut.

Sumbangan dilakukan Timbalan Ketua Setiausaha (Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif) KKMM, Puan Mastura Ahmad Mustafa; wakil Rumah Prihatin @Grand Seasons, Megat Zulhazmi Megat Abdullah Rafaei dan Pengerusi Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB), Datuk Affendi Zahari.

Mastura berkata, selepas ini pihaknya akan keluar ke negeri lain yang terbabit dengan banjir.

Turut hadir pada program itu adalah tiga orang penggiat seni iaitu pelakon Rafidah Ibrahim, 35, Johan As’ari, 35 serta pelawak Azrul Raja Lawak, 47. – MalaysiaGazette