Faiq Bolkiah.

KUALA LUMPUR – Pemain bola sepak terkaya dunia, Faiq Bolkiah kini berhijrah ke Thailand menyertai kelab Thai League, Chonburi FC selepas meninggalkan kelab Portugal, C.S. Marítimo.

Beliau berbuat demikian gara-gara jarang mendapat minit permainan bersama pasukan itu.

Faiq yang juga merupakan penyerang skuad kebangsaan Brunei pernah menyertai kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Leicester City namun tidak pernah membuat sebarang penampilan bersama pasukan utama.

Pemain yang berusia 23 tahun itu turut mempunyai pengalaman beraksi bersama beberapa akademi ternama di Eropah seperti Southampton dan Chelsea sebelum ke Portugal menyertai Maritimo.

Chonburi merupakan kelab Asia yang pertama disertainya dan dia juga pemain pertama dari Brunei beraksi dalam Liga Thailand.

Malah, Faiq kini rakan sepasukan kepada pemain pertahanan dari Malaysia, Junior Eldstal.

Meskipun tidak berjaya di eropah, Faiq tekad membuktikan kemampuannya di Asia bersama Chonburi dan membantu kelab itu memenangi pelbagai trofi dalam saingan domestik pada masa yang akan datang.

Faiq merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Hassanal Bolkiah dan dilaporkan memiliki kekayaan sebanyak £13 Billion atau RM73 Billion sekaligus menjadikan dia sebagai pemain terkaya mengatasi pemain bintang dunia lain seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Neymar. – MalaysiaGazette