Kakitangan Jabatan Meteorologi Malaysia memantau keadaan cuaca 24 jam sehari. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir yang dijangka berlaku di lima negeri sehingga pukul 9 malam ini.

Terdahulu jabatan itu memberi amaran hujan ribut petir sehingga jam 4.30 petang namun telah mengemaskini maklumat tersebut sebentar tadi.

MetMalaysia meramal ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa tempat di Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Melaka; Johor (Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru); Sarawak: Sri Aman, Sarikei (Pakan, Julau dan Meradong), Bintulu (Tatau dan Bintulu), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang (Limbang).

“Juga di  Sabah: Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga pukul 9 malam; Sabtu, 25 Disember.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelasnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast