Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama salah satu mangsa banjir ketika hadir melihat keadaan sekitar Kampung Seri Langkas Tambahan Batu 13 yang terjejas akibat banjir di Puchong, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 26 DISEMMBER 2021.

PUCHONG – “Barang-barang macam mana,”. Itu antara soalan yang tidak lekang di bibir Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika bertemu penduduk sebaik tiba di Masjid Al-Istiqamah di sini hari ini.

“Barang-barang habis. Air sudah surut dan sudah boleh masuk dalam (rumah). Terima kasih Datuk Seri datang. Alhamdulillah dapat jumpa,” kata mereka terharu.

Beberapa penduduk yang teruja dengan kehadiran pemimpin tertinggi negara itu turut mengucapkan terima kasih kepada beliau yang sudi melawat mereka selain mengambil gambar kenangan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bergambar bersama penduduk sekitar Kampung Seri Langkas Tambahan di Masjid Istiqamah ketika selesai menunaikan solat zohor di Puchong, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 26 DISEMMBER 2021.

Sejurus tiba di masjid itu, Ismail Sabri mengambil kesempatan mendirikan solat Zohor secara berjemaah.

Beliau selepas itu melawat beberapa buah rumah di sekitar Batu 12 Puchong sebelum menamat lawatan di Balai MPKK di kawasan itu.

Sebelum itu pada sebelah pagi, Ismail Sabri meluangkan masa melawat mangsa-mangsa banjir di Hulu Langat antaranya  Taman Sri Nanding dan Kampung Dusun Tua serta Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16.

Selain Puchong dan Hulu Langat, bencana banjir yang melanda Selangor sejak seminggu lalu turut melibatkan kawasan Shah Alam dan Dengkil. – MalaysiaGazette

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama sukarelawan ketika hadir melihat keadaan sekitar Kampung Seri Langkas Tambahan Batu 13 yang terjejas akibat banjir di Puchong, Selangor. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 26 DISEMMBER 2021.