Kajang Hulu Langat tahfiz centre madrasah bully bullies Mohd Zaid Hassan
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan. PIX: HAFIZ SOHAIMI / MalaysiaGazette / 28 JUNE 2021. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan. Foto HAFIZ SOHAIMI, 28 JUN 2021.

KAJANG – Seorang pelajar perempuan terkejut apabila mendapati apabila gambar suafotonya disertakan dengan kata-kata berunsur pada laman web.

Berikutan itu, gadis berusia 17 tahun itu membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menyiasat terhadap laman web yang menyalahgunakan gambarnya menyebabkan beliau tidak berpuas hati terhadap ciapan dalam akaun Twitter yang mengaibkannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa yang merupakan pelajar sekolah mengetahui mengenai perkara itu menerusi rakannya.

“Pengadu mengetahui perbuatan tersebut telah dilakukan oleh rakannya yang juga merupakan rakan bekas pelajar sekolah lama pengadu (gadis) terbabit di mana kemudiannya gambar pengadu itu telah dipadam oleh suspek selepas pengadu menghubunginya,” katanya dalam kenyataan petang tadi.

Tambah beliau, polis telah memulakan siasatan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.

Katanya, Seksyen 509 Kanun Keseksaan memperuntukan dihukum penjara selama tempoh 5 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia memperuntukan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

“Polis belum lagi menahan suspek dan masih sedang mengesan individu itu yang bertanggungjawab melakukan perbuatan mengaibkan orang secara tidak wajar,” ujarnya. – MalaysiaGazette