Syafiq Ahmad. Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad kembali ke pangkuan naib juara Liga Super, Kedah Darul Aman (KDA) bagi musim 2022.

Berita itu diumumkan KDA FC di Facebook miliknya di sini hari ini.

Perpindahan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) secara pinjaman selama setahun itu turut mendapat restu pemilik pasukan skuad Harimau Selatan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

“Usaha membawa pulang Syafiq Ahmad ke pangkuan KDA adalah mustahil tanpa perkenan pemilik JDT FC, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang membenarkan Syafiq dipinjamkan selama setahun kepada KDA.

“Kontrak pinjaman ini sudah pasti memberi suntikan motivasi buat Syafiq untuk lebih cemerlang di musim 2022.

Dia kemudiannya menyertai JDT pada 2018 dan berjaya menjuarai beberapa kejohanan tempatan selain turut beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast