Seorang petugas kesihatan melakukan ujian saringan ke atas pengembara di Lapangan Terbang Sydney. foto Reuters

SYDNEY – Australia melaporkan kematian pertama membabitkan pesakit yang dijangkiti varian Omicron.

Kes kematian itu berlaku di tengah-tengah peningkatan jangkitan harian.

Setakat ini tiada sekatan baharu dikenakan kerana kadar kemasukan ke hospital kekal rendah.

Kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 80-an dengan rekod penyakit.

Omicron, yang menurut pakar kesihatan, lebih cepat menular tetapi kurang ganas berbanding strain sebelumnya.

Ia mula merebak di negara ini ketika Australia menarik balik sekatan di kebanyakan sempadan domestik dan membenarkan warganya pulang dari luar negara tanpa kuarantin, mendorong jumlah kes melonjak.

Pihak berkuasa tidak memberikan butiran tambahan tentang kematian Omicron, kecuali mengatakan lelaki itu dijangkiti virus ketika berada di kemudahan penjagaan warga emas dan meninggal dunia di hospital Sydney. – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast