EPF i-Citra withdrawal dividend 2021 Najib Razak

KUALA LUMPUR – Kecewa dan sedih, itu antara respons rakyat di media sosial selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengatakan  kerajaan tidak bercadang membenarkan pengeluaran wang pengeluaran i-Citra sebanyak RM10,000 lagi.

Luahan rasa itu ditulis di Facebook Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang memperjuangkan pengeluaran i-Citra kali terakhir.

Rata-rata netizen yang tidak puas hati dengan keputusan perdana menteri itu melahirkan rasa hairan kerana kenapa rakyat digalakkan berhutang daripada mendapatkan wang simpanan sendiri ketika ini.

“Tak guna nak cakap apa dah. Kami sebagai rakyat, sangat-sangat sedih dengan kenyataan PM tadi (semalam) Kami dah lah susah, boleh pula dia cadangkan rakyat meminjam lagi. Sedihlah, sangat-sangat sedih dengan PM macam ni,” kata Amyda Aslinda di Facebook.

“Pelik kenapa nak rakyat bebankan diri dengan komitmen pinjaman itu ini semua. Better (Lebih baik bagi je RM10,000 tu DSIS. Tak rugi pun anda,” menurut Muhd Amirul.

Ada juga yang mengeluh dalam waktu susah ini terutamanya kepada mangsa banjir yang susah dan hilang pekerjaan, pengeluaran wang daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilihat sinar buat rakyat.

Ujar Zairi Fazrin, mangsa banjir memerlukan wang bukan sahaja untuk membeli alat keperluan rumah baharu, dalam masa yang sama berhadapan dengan kos membaik pulih yang besar.

Justeru itu keputusan kerajaan katanya, wajar dikaji semula.

“PM lebih galakkan kita berhutang dari kluarkan duit KWSP tu.Susah la begini. Lebih kesian pada mangsa banjir, banyak nak guna duit dan kos yang perlu dibaiki.. Hope (Harap) kaji la balik.. Ramai yang tengah susah. Ramai yang hilang kerja. Menteri jangan ikut perangai sendiri, rakyat yang kena ikat perut dan susah sekarang ini,” katanya.

Pemilik akauan yang bernama Are Pezz berkata: “Maaf kenapa susah sgt nk lulus one-off 10k ni ?? Rakyat terdesak keadaan skrg dgn banjir, bantuan pinjaman dari kerajaan BSN tetap kena bayar semula. Berbanding duit kwsp 10k hak duit sendiri. Tolong lah pikir nasib rakyat perit dia org alami keadaan skrg”.

Manakala Schanaz Md Latiff pula berkata: “DAULAT Tuanku tolonglah Rakyat Malaysia.. Pengeluaran i-citra.Rakyat terdesak perlu benarkan keluar RM10,000 sekaligus Dari KWSP,”.

Terdahulu, Ketua Pergerakan UMNO Datuk Asyraf Wajdi Dasuki yang konsisten memperjuangkan pengeluaran i-Citra ini berharap kenyataan Ismail bahawa kerajaan tidak bercadang untuk membenarkan lagi pengeluaran i-Citra secara one-off sebanyak RM10,000 buat kali kedua, adalah bukan keputusan akhir.

Beliau memohon agar Ismail mendengar rintihan rakyat yang berhadapan dengan kesusahan pada masa ini.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula meminta Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz membaca komen-komen rakyat yang menggesa pengeluaran i-Citra, dalam Facebooknya sendiri.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast