Securities Commission SC trading account Chief Commissioner Malaysian Anti-Corruption Commission MACC Azam Baki Hasanah Abdul Majid MEIO
Azam Baki Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki

KUALA LUMPUR – Tan Sri Azam Baki sepatutnya direhatkan daripada tugas supaya siasatan berhubung dakwaan pemilikan saham ke atasnya dapat disegerakan.

Ketua Penerangan Parti Pejuang Tanahair, Ulya Aqamah Husamudin berkata, peletakan jawatan bekas ahli panel Perunding dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dr Edmund Terrence Gomez ekoran sikap sambil lewa panel itu mengadakan mesyuarat berhubung dakwaan ke atas Azam amat mengejut dan membimbangkan.

Menurut beliau, tindak-tanduk panel itu menimbulkan keraguan dan spekulasi, sekali gus kesangsian terhadap organisasi yang ditugaskan untuk mencegah rasuah.

“Beliau sepatutnya direhatkan daripada tugas bagi memberi laluan kepada siasatan yang harus disegarakan. Inilah satu-satunya cara bagi mengembalikan kepercayaan orang ramai terhadap organisasi itu sekali gus menunjukan bahawa wujudnya sistem semak dan imbang yang baik dalam organisasi kerajaan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Ulasnya, tugas utama SPRM adalah utuk membasmi rasuah dan melindungi pemberi maklumat yang mengambil risiko untuk mendedahkan maklumat walaupun salah laku itu berlaku di dalam kelambu sendiri.

”Sekiranya SPRM tidak lagi boleh dipercayai, kepada siapa rakyat harus meletakkan tanggungjawab ini?,” soal beliau lagi.

Parti itu turut mendesak supaya mesyuarat segera diadakan dan serta-merta memulakan siasatan terhadap Azam bagi mengembalikan nama baik SPRM. – MalaysiaGazette