Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melanjutkan tarikh akhir bayaran anggaran cukai kena dibayar (CP204) bagi bulan Disember 2021 sehingga 31 Januari 2022.

Bayaran ansuran siasatan/ audit/ pungutan/ guaman sivil bagi bulan Januari 2022 turut ditangguhkan sehingga bulan Februari 2022;

Manakala tarikh akhir bayaran PCB dan/ atau CP38 pekerja bagi bulan saraan Disember 2021 dilanjutkan untuk diremit sehingga 31 Januari 2022 dan bayaran baki cukai dibenarkan penangguhan sehingga ke suatu tempoh yang dimohon oleh pembayar cukai.

LHDNM berkata, penangguhan itu susulan bencana banjir yang telah melanda beberapa kawasan di Semenanjung baru-baru ini yang memberi kesan kepada liabiliti serta obligasi pembayar cukai dan/atau majikan untuk membuat bayaran cukai dalam tempoh yang ditetapkan termasuklah bayaran anggaran cukai, ansuran cukai sama ada di peringkat siasatan, audit, pungutan dan guaman sivil serta bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB) pekerja.

Bagi permohonan CP204, permohonan perlu dibuat melalui emel kepada [email protected] dan lain-lain melalui borang maklum balas https://borangmaklumbalas.hasil.gov.my/Submission/submissin/?id=5001#/create/1.

Dokumen yang perlu dikemukakan bagi menyokong permohonan tersebut adalah berdasarkan kepada merit kes, tambahnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast