Home Nasional Polis tunggu pasangan selebriti balik umrah untuk rakam keterangan

Polis tunggu pasangan selebriti balik umrah untuk rakam keterangan

KUALA LUMPUR – Polis akan dipanggil pasangan selebriti yang melangsungkan perkahwinan di sebuah villa di Genting Highland, Bentong sebaik sahaja mereka menjalani ibadah umrah.

Ia bagi merakamkan keterangan susulan tular tetamu yang menghadiri majlis resepsi perkahwinan mereka telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) akan dipanggil polis.

Pasangan itu kini sedang menjalani ibadah umrah di tanah suci Mekkah dan akan dipanggil polis sejurus pulang ke tanahair.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, polis turut akan memanggil pemilik villa berkenaan yang bertanggungjawab membenarkan penganjuran majlis perkahwinan pasangan selebriti itu tanpa pengawasan pematuhan SOP dalam kejadian pada 15 Disember lalu.

“Kita siasat semua pihak di majis perkahwinan pasangan selebriti itu bukan sahaja sekadar tetamu yang hadir.

“Pasangan selebriti itu juga sedang disiasat tetapi memandangkan mereka kini sedang menjalani umrah, kita akan tunggu sehingga mereka pulang kemudian akan dipanggil untuk dirakam percakapan,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Zaiham dalam kenyataan pagi tadi mengesahkan polis telah membuka kertas siasatan berhubung majlis perkahwinan pasangan selebriti itu selepas siasatan mendapati para tetamu yang hadir ke majlis tidak memakai pelitup muka dan gagal memastikan penjarakkan fizikal sepanjang berada dalam majlis tersebut.

Video majlis perkahwinan yang melanggar SOP berdurasi 41 saat itu telah tular di laman sesawang Facebook.

Kes sedang disiasat di bawah Perkara 17 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2021. – MalaysiaGazette