MACC MITRA Funds Malaysian Indian Transformation Unit Ministry of National Unity B40
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Transparency International Malaysia (TI-M) menyifatkan dakwaan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia mesti disiasat segera bagi mengelak persepsi negatif Malaysia oleh seluruh dunia.

Katanya, jika dakwaan itu tidak diendahkan dan disembunyikan, ia berpotensi menurunkan kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah dan Barometer Rasuah Global.

”Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kabinet perlu menjelaskan kelewatan dalam menjawab dakwaan serius yang dibangkitkan oleh Edmund Terence Gomez dan tindakan seterusnya.

Badan pemantau antirasuah berkata demikian susulan peletakan jawatan Gomez sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM selepas beliau gagal membincangkan laporan yang membabitkan Tan Sri Azam Baki.

TI-M berkata, ia percaya semua dakwaan serius perlu disiasat dengan segera dan telus terutama apabila ia melibatkan imej agensi penguatkuasa yang diamanahkan untuk memerangi rasuah.

“Adalah jelas bahawa SPRM tidak kekurangan panel bebas dan proses untuk menyiasat pegawainya atas dakwaan kesalahan dan ia menjadi persoalan mengapa tidak ada pengumuman mengenai sebarang tindakan diambil setakat ini untuk menyiasat dakwaan itu,” kata TI-M. – MalaysiaGazette

Gomez panel SPRM lepas jawatan kesal tiada siasatan terhadap Azam