Wan Rosdy Wan Ismail

TEMERLOH – Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menawarkan perkhidmatan penggantian sijil nikah, cerai dan rujuk secara percuma kepada kira-kira 10,000 pasangan Islam yang terkesan akibat banjir di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan ismail berkata, individu yang terlibat boleh berurusan di 14 di Pejabat Agama Islam Daerah dengan membuat temu janji untuk proses pencarian dokumen bermula Isnin ini hingga 28 Februari depan.

Tambah Wan Rosdy, perkhidmatan penggantian dokumen itu dijangka membabitkan pengeluaran semula 8,000 sijil nikah, 1,500 sijil cerai dan 500 sijil rujuk.

“Khidmat diberi secara percuma bagi meringankan beban keluarga yang terjejas banjir,” katanya.

Tedahulu caj bayaran sebanyak RM20 dikenakan bagi carian dan salinan dokumen untuk setiap transaksi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast