Antara para jemaah yang akan berlepas ke tanah suci untuk mengerjakan Umrah dalam penerbangan sulung Umrah Amal dari Kuala Lumpur ke Madinah (MH8216) ketika di Bangunan Terminal Utama, KLIA. Foto MOHD ADZLAN, 30 NOVEMBER 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 20 kaunter dan seramai 40 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ditempat di bangunan Satellite C25, Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) bagi pemasangan pemakaian peranti pengesanan digital.

Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, saringan kesihatan dan pemakaian peranti berkenaan akan memakan masa selama sejam 20 minit.

“Terkini mereka yang selamat kembali dari umrah, telah dimulakan pemakaian digital tracker (peranti pengesanan digital)” katanya menerusi akaun Facebooknya.

Sementara itu kata beliau, pemakaian peranti pengesanan digital adalah untuk pengembara yang kembali dari 18 buah negara yang berisiko untuk menjalani kuarantin di rumah.

Baru-baru ini, tular di media sosial, video jemaah umrah yang baru pulang ke tanahair ‘mengamuk’ di KLIA.

Video berdurasi satu minit 44 saat itu yang dimuatnaik ke akaun Instagram menunjukkan para jemaah berang dengan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Difahamkan jemaah umrah tidak berpuas hati dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) pemakaian peranti pengesanan digital yang didakwa memakan masa terlalu lama. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast