Tiga wanita warga Indonesia yang dikehendaki Imigresen membantu kes pendakwaan di mahkamah.

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang memburu tiga wanita warga Indonesia yang dikehendaki untuk perbicaraan dalam kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan Imigresen 1963.

Menurut satu kenyataan, identiti wanita itu adalah Ginati Putri, 26, nombor pasport B8853278; Supriyanti, 25 , nombor pasport C1419441 dan Mia Sri Anjani, 26, nombor pasport AT438019.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPK) Wan Mazlyna Che Mat, Bahagian Operasi, Siasatan dan Pendakwaan, Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia, Putrajaya di talian 03-88801338 pada waktu pejabat atau Bilik Gerakan di talian 03-88801555 selepas waktu pejabat. – MalaysiaGazette