Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 34 kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan semalam.

Dalam masa yang sama sebanyak 11 kes adalah kematian di luar dari hospital, demikian menurut data yang dikongsikan oleh COVIDNOW.

Sehingga kini, jumlah kumulatif kematian akibat virus berkenaan adalah 31,462.

Perak merekodkan jumlah kematian tertinggi semalam iaitu lapan kes diikuti Sabah (7), Johor (4), Kelantan (3), Pahang (3), Selangor (3), Terengganu (2), Kedah (1), Malacca (1), Perlis (1) dan Kuala Lumpur (1).

Manakala, lima buah negeri yang tidak merekodkan kematian iaitu Negeri Sembilan, Penang, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, menurut Ketua Pengarah kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kebolehjangkitan bagi seluruh negara semalam adalah 0.98. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast